Alhamdulillah dapat renew lesen SSM untuk 3 tahun. Setahun bayaran RM60. Tingkat 3 bangunan UTC Melaka. Tak sampai 10 minit, isi borang pergi kaunter dapat terus. Sebelum tu, dapatkan salinan detail SSM yang mengandungi nama pemilik syarikat dan butiran supaya senang untuk rujukan pihak bank kemudian hari. Salinan tu boleh digunakan untuk dapatkan buku cek/pinjaman atau bukti kekuatan portfolio kewangan kita.